WELCOME TO MY Purple Pink Blog. Dashboard | +Follow
//Purple Pink

EntriesAboutDarlinksCredits


Overview


Hello, my name is blahblahblah. Welcome to my territory. Replace this stupid nonsense with your overview/welcome speech. I mean, notes. Peace :)

Screams

Put your shoutmix or cbox code here. Maximum width is 230. Not more than that !
Sing Along


Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Kalamullah . SUBHANALLAH :)
Thursday, February 02, 2012 | 0 comments
“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka,
“Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini,” (Surah Al-A’raf: 172).
Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim.
Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu jelas sekali mempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’.
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Al-Bukhari).
Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya  sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi.
Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.
Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah.
Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT, wallahu’alam.


No tittle :)
Friday, January 13, 2012 | 0 comments
Hari ini hari jumaat right ? malam ni ada lawan bola Kelantan vs Selangor kalau tak silap ..
harap-harap menang :)
Hari khamis kelmarin miggu ke-2 hari persekolahan , 
so hari ahad ni minggu ke-3 la kan ?
hehe . Dah lama saya tak update blog ni kan ? Kalau tak silap sebelum bukak sekolah lagi ..
Okay , saya busy giler .. Especially time bukak sekolah ni ..
Mesti tertanya-tanya kan ? busy ? busy mende tuh ?
Busy duduk buat homework jer .. Rajin jer bunyi kan  ?
haha .. Setiap hari dah ada homework . Alaaaa cikgu , baru form2 , tak form3 lagi !
haha . Okay,  time form2 ni la kita kena belajar buat terbaik dan
prepare untuk PMR next year . So , next year x payah la nak gopoh-gapah dan rajin2
baca buku form2 .. hehe .. Bereti bobey Ezati weyh ! haha ..
Okay-okay .. That's all for today . Bye . Assalamualaikum :)

Older Post